Wednesday, October 28, 2009

Khas Untukmu...















Kata seorang penyair:

"Berbekalkan dengan taqwa. Sesungguhnya kamu tidaklah menyendiri.
Manakala malam telah menutupi, adakah kamu hidup sampai pagi?
Banyak orang sihat bugar mendadak mati tanpa sakit,
Namun ramai orang yang sakit malah hidup dalam beberapa lama.
Ramai anak-anak yang diharapkan panjang umurnya,
Sementara jasadnya telah masuk liang kubur.
Ramai pengantin sedang berhias untuk suaminya,
Sementara roh mereka dicabut pada malam takdir.
Ramai pemuda yang di waktu petang dan pagi harinya tertawa ria,
Sementara mereka tidak menyedari kafannya telah ditenun."

"Bertaqwalah kamu selalu kepada Allah, nescaya kamu akan beruntung.
Sesungguhnya orang yg bertaqwa, dialah yg megah dan jaya.
Berbuat taatlah kepada-Nya hingga memperolehi keredhaan dari-Nya,
Sesungguhnya orang yg taat itu dekat kepada Rabbnya."


Khas buatmu wanita, serikandi buat kaum Adam,

"Jadikannlah sifat kasih sayang dan lemah-lembut sebagai perhiasanmu dalam bergaul dengan anak-anakmu, suamimu dan para jiran tetanggamu. Jadikanlah keperibadian kasih sayang dan lemah-lembut ini sebagai cara untuk menempuh kehidupan ini dalam mencapai apa yg kamu inginkan."

Ikhlas dariku buat teman-teman...
Wassalam.

Sunday, October 18, 2009

KETENANGAN, KEMANJAAN & KEIKHLASAN




Assalamua’laikum…

BUNGA… Ia seringkali dikaitkan dengan seorang wanita, kecantikannya, keindahannya, keelokkan bentuknya, persis santunnya seorang wanita. Namun, kaum Adam juga dapat dikaitkan dengan bunga. Tetapi, bukanlah bermakna lelaki itu seorang yang lembut atau apa sekalipun. Yang penting, setiap individu baik lelaki mahupun wanita, memiliki pandangan yang tersendiri. Kadang2, takrifan keindahan sekuntum bunga @ sejambak bunga terlalu mendalam untuk difahami maksud yang tersiratnya.

Bunga juga dapat dikaitkan denga diri seseorang, kehidupannya sebagai seorang insan yang memiliki hati dan perasaan masing2 dan tak lari dari hubungan sesama insan dan sebagainya. Keindahan seseorang itu dilihat pada kesederhanaannya, baik semasa bersendirian mahupun bersama teman2 seperjuangan. Biarpun orang lain dapat membuat tafsiran mereka masing2, namun hati dan jiwa seseorang itu dapat diketahui dan difahami individu itu sendiri. Jadi, di situlah letaknya kesederhanaan dan kesabaran dalam menghadapi apa jua dugaan dan cubaan yang hadir dalam hidup.

Bunga dipandang indah dek kecantikannya warnanya, Mekarnya ibarat sekeping hati yang makin ‘berbunga’. Lantas, pandangan tertumpu pada bibir yang tersenyum sendirian… Emm…begitulah hebatnya takrifan bunga bagi seseorang.

Kata teman2, orang yang sukakan bunga ni, orangnya lain sikit, berjiwa seni dan halus, yakni banyak maksud yang tersirat dan tersurat… Antaranya:

Berjiwa seni, lembut, sensitif dan penyayang orangnya.
 Seorang yg menghargai kecantikan yg ada pada diri sendiri dan orang lain.
 Cantik, unik dan menarik.
 Menenangkan fikiran.
 Memiliki ‘sesuatu’ yg ingin dirungkai oleh seseorang.
 Kesederhanaan yg dimilikinya.
 Wangi
 Di sebalik bunga tersirat luahan hati seseorang yg dihargai & disayangi
 Seorang yg ambil berat hal yg remeh-temeh.
 Melambangkan kecantikan dan keindahan semulajadi.
 Tatkala memberinya kpd seseorang, secara automatik dapat merasakan kelembutan, ketenangan dan 1 lagi manja…
 Merasakan ianya cantik dan lembut, seperti kelembutan wanita.
 Orang yang jiwanya penuh dengan ketenangan, penyabar, dan penyayang.


Sejambak bunga melambangkan penghargaan pada orang yang menerimanya, dan sekuntum bunga melambangkan kesetiaan seseorang pada yang satu. Jadi, sebab itulah bunga itu unik, menarik dan terlalu subjektif untuk dirungkaikan jawapannya.

Bunga itu juga ibarat hati, jagailah ia dengan sebaik-baiknya. Peliharalah hati daripada ‘tercemar’

Ibarat bunga yang tak akan layu, dan sentiasa harum buat selama-lamanya.
Wassalam.

KETENANGAN

Raut wajah yang tenang,
Sentiasa terpancar di sebalik senyuman,
Meskipun hati seringkali menggila,
Dirundung masalah,
Sebagai perosak ketenangan jiwa.

Lalu, hadir si biru manis,
Yang mampu menenangkan minda,
Mengajar diri,
Akan erti kesabaran,
Dalam menongkah arus masalah,
Yang membelit jiwa luhur dan kasihmu.

Akhirnya berjaya,
Merubah kepada suasana hening,
Segala masalah seakan terhapus,
Dek kehadirannya dalam hidupmu.

KEMANJAAN

Rengekan manja si kecil,
Yang dambakan pelukan si ayah,
Membuatkan si ayah terpaku sebentar,
Yang berusaha menggapainya.

Si ayah tersenyum,
Lalu membalas rengekannya itu,
Dengan ciuman kasih sayang,
Ikhlas dari hati seorang ayah,
Yang jiwanya sarat,
Dengan kesabaran dan ketenangan.

Uniknya kasih sayang itu,
Mendekatkan hati yang kian menjauh,
Ke persada pentas penghargaan,
Membentuk kemesraan,
Yang mekar terjalin,
Antara 2 hati itu.

KEIKHLASAN

Siapa yang dapat mentafsirkan,
Betapa berharganya,
Nilai diri seseorang itu,
Bagaikan sekuntum mawar,
Yang cantik luarannya,
Dikelilingi bisanya duri.

Siapa yang dapat memeliharanya,
Serta menyayanginya,
Agar kelopak tidak gugur ke bumi,
Agar keharumannya tidak hilang,
Di bawa angin lalu,
Dan agar putiknya tidak layu,
Sebelum berkembang.

Siapa gerangannya,
Individu yang terpilih itu,
Bisakah dia berkorban untuk itu,
Dengan hati yang tulus ikhlas,
Menghargai seseorang itu,
Bila tiba masanya…

Terima kasih buat teman2 yg memberikan pendapat. Sesungguhnya, kalian adalah insan2 yg terbaik buat diri ini...

Wassalam...(",)

Thursday, October 1, 2009

CANTIK DI HATI...


Assalamua'laikum...

Saya ada terbaca sesuatu madah daripada sebuah majalah 'Mingguan Wanita', yg juga salah satu drpd majalah pilihan hati. Kadangkala,banyak input yg membina dan mengajar diri mengenai erti hidup ini dan lebih2 lagi dalam mewujudkan sebuah PERSAHABATAN...

Setiap insan mahukan sebuah perkenalan dan mengharapkan akan perkenalan itu membuahkan ikatan persahabatan yg luhur serta ikhlas. Hal ini kerana, setiap sahabat akan berkongsi suka dan duka bersama-sama tak kira susah mahupun senang.

CANTIK DI HATI

Mengenali seseorang itu, kadangkala membuat kita ketawa.
Mengenali seseorang itu juga, kadangkala membuat kita mengalirkan air mata.
Sesungguhnya, mengenali seseorang itu juga mampu memberi kita sejuta rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.
Tetapi, sedarilah kita mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu anugerah.
Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara.
Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN...


Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW,

" Siapakah yg menjadi sahabat paling baik bagi kami?" Jawabnya, "Seseorang yg apabila kamu memandangnya, kamu teringat Allah, apabila kamu dengar percakapannya, pengetahuan kamu tentang Islam bertambah & apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat akan kehidupan akhirat"...

WASSALAM...(",)

Wednesday, September 30, 2009

KENANGAN AIDILFITRI...




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Emm…Memandangkan kita masih dalam bulan Syawal yang mulia ini, atau lebih tepat lagi, masih dalam ‘mood’ raya…Jadi, izinkan diri ini untuk menyusun 10 jari meminta ampun & maaf di atas segala salah dan silap yang mungkin tidak disedari kepada sahabat2 yang mengenali diri ini, sepanjang perkenalan dan persahabatan yang terjalin antara kita. Mungkin ada sesuatu yang tanpa disedari telah menyinggung perasaan kalian semua…

Apapun, sama-samalah kita bermaaf-maafan di antara satu sama lain, moga2 hidup kita sekeluarga diberkati dan dirahmati Oleh-NYA…

Alhamdulillah… Hari Raya Aidilfitri yang tiba pada kali ini kelihatan lain dari yang lain…kerana diri ini dapat merasakan betapa besarnya pengertian ‘balik kampung’…Terlalu istimewa…Ia juga membuatkan diri ini mengimbau kembali nostalgia lama suatu ketika dahulu tatkala arwah Tok masih ada…

Pada masa itu, abah akan bawa kami adik-beradik balik kampung beraya iaitu di Kampung Kota Tampan Air, Lenggong, Perak. Namun, setelah 5 tahun ia berlalu…segala-galanya telah tiada…rumah arwah Tok pun dah tiada kerana dirobohkan utk projek lebuhraya baru buat ni... Lagipun, dah tak dak sapa lagi dah yg duduk kat situ, seolah-olah kenangan kami sewaktu bersamanya turut terkubur di situ… Namun, setiap kenangan yang tercipta sentiasa terpahat dan masih segar di ingatan kami, selaku cucu2nya…

Alhamdulillah… Tibanya Aidilfitri kali ini, diri ini berpeluang untuk ke kampung makcik (keluarga angkat), di Parit Mahang, Kuala Selangor. Dari situ, diri ini dapat merasakan betapa gembiranya hati ini sehingga tak dapat digambarkan dengan kata2…Entahlah…

Terasa kenangan dahulu menjelma kembali… Emm…Lebih2 lagi tatkala memasak dan makan ramai2 satu keluarga serta berpeluang mengenali mereka. Biarpun segan dan malu pada mulanya, namun keberanian itu hadir jua mengawal diri ini…

Terima kasih dan syukur pada-NYA kerana dengan keizinan-NYA di atas pertemuan ini dan telah member peluang kepada diri ini untuk merasakannya.
Begitulah, betapa berertinya kedatangan Syawal yang tiba setahun sekali pada pertemuan kali ini. Ia mendekatkan kembali apa yang menjauh agar segera bertaut kembali… Mudah-mudahan kita bakal menemuinya untuk tahun2 yang akan datang…Insya-ALLAH…

Sebelum mengundurkan diri, hayatilah dan fahamilah tiap baris kata2 ini…

Biar kulit segelap ALMOND LONDON,
Asalkan hati sesuci KUIH BANGKIT,
Biar iman sekental DODOL,
Jangan senipis REMPEYEK,
Biar jiwa selembut BAHULU,
Asalkan akhlak secantik BISKUT DAHLIA,
Senyumlah semanis WAJIK,
Agar lebaran yang disambut lebih bermakna…

>“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI”
MAAF ZAHIR & BATIN

Monday, September 14, 2009

BONECA



Tatkala pertama kali mendengar tiap baris kata lagu ini, ia seolah-olah tersimpan 1001 makna yang tersirat, yakni mengenai kehidupan seorang insan, selaku hamba-Nya yang tidak lari dari perasaan kasih dan sayang. Dalam pada masa yang sama, hati ini senantiasa memiliki niat atau hajat yang ingin digapai suatu masa nanti. Meskipun diri tidak 'sempurna' dan lebih bahagia dengan 'cela' yang ada pada diri ini. Siapa tahu, 'cela' yang dimiliki itu bakal memimpin diri ke arah kehidupan yang lebih hakiki di samping dirahmati dan diberkati Allah SWT. Jadi, usahlah bersedih untuk perkara yang tidak sepatutnya, tapi bersyukurlah kerana masih memiliki anugerah yang bernilai dari-Nya, iaitu Iman, Islam dan Ihsan...Jadi, hayatilah...
Wassalam.

TUNJUKKAN AKU

Muzik dari jiwa,
Lagu dari hati,
Cerita sepurnama,
Canda dan menangis.

Belum kuselami,
Caturan terjadi,
Lelah dipukul badai,
Apa mungkin terlerai.

Soalan tersendu,
Balas hampa bisu,
Tuhan tunjuk sesuatu,
Apa dia yang satu itu,
Tunjukkan aku...

Apa bisa kucinta,
Kamu seperti mana,
Aku dicinta kamu,
Aku dijaga kamu.

Atau kamu terlalu,
Indah buat diriku,
Beda dari diriku,
Aku pun tak menahu.

Apa bisaku cinta,
Tuhan tunjukkan aku...


CELA

Rabak mataku,
Pena menari-nari,
Tinta berdarah,
Kata membara-bara.

Masanya kubernafas,
Ini terakhir kali,
Puas sudahku sesak,
Dalam dunia sempit.

Dulu tersungkur,
Kini berdiri,
Kalau bermain api,
Kini ku bakari.

Dulu menunduk,
Kiniku celik,
Kalau bermain api,

Engkau mahu sempurna,
Engkau jadi sempurna,
Biar aku bahagia,
Dengan cela.

Engkau mahu malaikat,
Turun dari kayangan,
Biar aku bahagia,
Dengan celaku.

Mengapa tidak engkau cermin saja,
Dirimu yang sempurna,
Mempersona,
Ku bahagia dengan cela.

Mengapa tidak kau bercinta saja,
Dengan dirimu yang sempurna,
Mempersona,
Ku bahagia engan cela.

Siapa yang mampu,
Mencapai mahumu,
Bila mana kau juga,
Seorang manusia...


TAMAT...<

Thursday, September 3, 2009

SALAM RAMADHAN...



Assalamua'laikum... semua!!!!! (",)

Hari ini sudah masuk hari yg ke-14 umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yg penuh keberkatan dan kerahmatan ini... Maknanya, dah genap 2 minggulah kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga serta hawa nafsu di siang hari amnya...

Namun, meskipun, perbuatan kita terbatas, tetapi kita seharusnya cuba untuk menghidupkan amalan2 di bulan yg mulia ini... Misalnya, tilawah Al-Quran, berusrah dgn teman2 serumah bagi yg tinggal di asrama, dgn keluarga, serta cuba kuatkan semangat untuk bangun di tengah2 malam untuk bertahajjud, lebih2 lagi tatkala merebut peluang di saat2 10 malam terakhir di bulan Ramadhan, sekaligus untuk mengisi malam itu dan memperolehi kerahmatan dan keberkatan daripadanya...Yakni berkat daripada Malam Lailatul Qadar...
Insya-ALLAH, semoga kita menemuinya nanti...

Ternyata ada perbezaan yg dapat kita perlihatkan dalam diri kita yakni dari sudut yg positifnya, tatkala tibanya bulan Ramadhan... Perbezaan yg dimaksudkan adalah melalui perbuatan kita atau nawaitu kita. Yg mana ia seolah-olah mendorong hati kita untuk berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Seelok-eloknya begitulah hendaknya...

Biarlah apa yg kita kerjakan adalah lahir dari hati yg ikhlas untuk melakukannya... Sekalipun kebaikan itu sebesar zarah, namun jika ia dilakukan kerana Allah, tentu mendapat pahala yg berlipat kali ganda...
Itulah mulianya hati yg ikhlas...

Cuba kita renungkan sejenak terhadap apa2 sahaja kenikmatan yg telah diperoleh, tentu membuatkan seseorang itu melahirkan rasa kesyukuran terhadap Ilahi. Hal ini kerana, Dialah Yang maha Mengetahui dan Maha Bijaksana atas apa yg akan berlaku terhadap makhluk di muka bumi yg fana ini.

Misalnya, ungkapan 'Alhamdulillah'... cukup bererti dalam diri seseorang, lebih2 lagi setelah penat mendapatkan apa yg diimpikan selama ini. Namun, seseorang itu sedar bahawa apa yg dikecapinya kini bukanlah usahanya semata-mata, bahkab berkat kerahmatan dan restu oleh-Nya, sekaligus memudahkan dirinya cuba menggapai apa yg diimpikan...

Kita juga digalakkan untuk berusaha sedaya upaya, berbekalkan kudrat tulag 4 kerat, kita teruskan langkahan hingga ke garisan penamat. Mudah-mudahan apa yg diusahakan itu, akan membuahkan hasil yg mahmudah, sekaligus mengatur hidup seseorang itu menjadi lebih matang dan berfikiran rasional serta bibir basah mengucapkan syukur atas rezeki yg diperolehinya.

Lagipun, setiap pengalaman dan setiap peristiwa yg terjadi berperanan dalam mematangkan diri kita. Tentu ada sebab musababnya, kan... Jadi, ia dapat membuatkan kita terus berfikir yakni memandu akal untuk meneruskan kehidupan yg penuh ranjau berduri serta dapat membezakan mana yg benar dan mana yg salah...

Insya-ALLAH...

Kalau dari sudut negatifnya, tentu anda dah tau apa yg sering berkisar bila tibanya bulan Ramadhan, kan... Yakni ia juga bersandarkan kepada hati kita. Jika kita berjaya menjaga hati dan perbuatan kita, nescaya ia dapat menangani apa jua cubaan dan dugaan di bulan yg mulia dan diberkati Allah SWT ini.

Jadi, >"Tepuk dada, tanya imanmu..."


Bukannya seleramu, nanti susah jadinya.

Alhamdulillah... Jiwa yg dahulunya kusut, kini kembali tenang beralun dek bisikan rahmat dan petunjuk dari-Nya. Hati kini mulai berubah dengan untaian semangat yg berkobat-kobar dalam meniti hari2 seorang manusia di dunia ini. Meskipun, dunia dilanda derita, namun hati tetap utuh menceriakannya lantas menjadikan hari2 yg dilalui penuh bermakna. Syukur Alahamdulillah...

Sematkanlah dan tetapkanlah kalimah,

" Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah "(Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad utusan Allah)

dalam hatimu, nescaya ia dapat memimpin hatimu ke arah jalan yg diredhai-Nya.

Wassalam... SELAMAT BERPUASA (",)

(14 RAMADHAN 1430H)

Saturday, August 29, 2009

PUISI RAYA


1)PENGUBAT RINDU

Batu besar itu,
Tempatnya melepaskan rindu,
Kerna telah lama ditinggalkan,
Suasana desa yang permai.

Hempasan ombak,
Memercik seribu mutiara jernih,
Di tubuh kecilnya,
Lalu perlahan hilang,
Di bawa angin lalu.

Untaian zikir dilagukan,
Lambang kesyukuran seorang hamba,
Setenang langit petang yang membiru,
Simbol kekuatan diri,
Yang bertakhta di hatinya,
Sehingga kini…
-

2)TEMAN SETIA

Berpuput angin sang bayu,
Diselangi deruan ombak,
Memecah pantai yang memutih,
Mengalunkan lagu merdu,
Sebagai penyambut,
Sang pencari ilham.

Jari jemari mula menari,
Bagaikan mengikut rentak,
Lambaian si pohon kelapa,
Kini terhasil sudah,
Sebuah karya nyata.


3)PERJUANGAN

Hatinya pasrah,
Meneruskan perjuangan,
Melihat kudrat yang menitis,
Pantas diseka dengan keluhan syukur,
Tetap gagah,
Andainya tersungkur,
Di akhir embun pagi yang menitis.

Hatinya mekar mewangi,
Seharum bunga si kembang pagi,
Dia berteleku di bawah pohon,
Beroleh ketenangan.

Namun,
Hatinya tetap di sini,
Meneruskan perjuangan,
Bak redup kerinduan...

5)ANUGERAH ITU

Anugerah itu,
Satu amanah,
Kecil namun besar maknanya,
Bisa dijadikan satu kekuatan,
Bagi seorang insan,
Bernama manusia.

Anugerah itu,
Satu pengalaman,
Tak kan bisa diraih,
Tak kan bisa dilalui,
Jika iman tak sekental mentari,
Dan setegas bayu yang berhembus,
Memecah kebisuan pantai...


5) KEBAHAGIAAN

Sinar mentari itu,
Kehadirannya dinantikan,
Bisa memberi sinar kegembiraan,
Pengukir senyuman,
Buat insan yang berduka.

Kehilangannya diragut,
Di balik gunung yang tinggi,
Tatkala tibanya malam hari,
Tetapi tidak mengapa,
Kerna bulan bisa berbicara,
Menjadi penghubung setia,
Memancarkan kembali,
Sinar kebahagiaan itu...


Oleh : Hasimah Ismail-

Wednesday, August 26, 2009

SAJAK SUKSIS (PULAMAR)

Sajak ini dideklamasikan tatkala hari terakhir sewaktu persembahan tamatnya Kursus Asas Polis Marin (PULAMAR) di Johor Bahru.

DI SINI MULANYA...

Di sini mulanya…
Pengembaraan kami,
Selaku anggota SUKSIS,
Datang bertandang ke daerah ini,
Dalam kursus asas polis marin.

Lalu,
Melangkahnya kami di sini,
Dengan satu hasrat,
Satu tekad dan satu semangat,
Yang kami adunkan ia,
Sebagai satu tujuan,
Melangkahnya kami di sini.

Biar berpanas dimamah mentari,
Biar hujan datang menimpa,
Namun itu tidak bisa,
Mematahkan semangat kami,
Untuk menyelami seberapa ilmu yang ada,
Dan menimba pengalaman,
Sekaligus mematangkan diri kami,
Sebagai seorang manusia.

Untaian kata mengusik jiwa,
Lawak jenaka pembawa ceria,
Bisa menjadi pengukir senyuman,
Ilmu diraih pengalaman dirasakan.

Di sini noktahnya..
Pengembaraan yang kian berakhir,
Di PULAMAR ini,
Meninggalkan seribu memori,
Yang terpahat di ingatan,
Dan terpateri di hati kami,
Buat selama-lamanya…

Sekian, terima kasih.

KATA HATI...

Kata Hati... seringkali mengandungi makna yg tersirat. Mungkin ia bisa dirungkaikan dgn makna yg berbeda, namun tidak semua yg dapat diluahkan melalui kata-kata. Mungkin menerusi 'kata hati', ia bisa dimengerti oleh seseorang. Lantas, membuatkan diri seseorang itu merasakan ketenangannya tatkala 'kata hati'nya di perdengarkan oleh-Nya...

HATIKU MILIKMU...

Suara siapakah itu?
Yang pasti ia penuh dengan makna yang tersirat,
Disebalik kalimah-kalimah yang dialunkan,
Oleh seseorang…

Yang pasti ia membuatkan hati ini,
Dipanjat rasa sayu dan,
Bersyukur dengan-Nya,
Yang pasti ia juga mendekatkan,
Diri ini kepada-Nya.

Suara siapakah itu?
Di keheningan Subuh,
Dahi tunduk mencium sejadah,
Zikir saling bertasbih,
Doa dialun tertib,
Buat pengakhir memori,
Yang bakal berulang lagi.

Yang pasti,
Detik itu sentiasa dirindui,
Mendekatkan diri ini,
Pada belaian Penciptanya,
Sebagai hamba Allah,
Yang banyak kelemahannya.

Yang pasti,
Diri-Mu jualah Yang Maha Mengetahui,
Hati dan perasaan ini,
Dan apa yang bermain,
Di sebalik kata hati,
Sesungguhnya,
Hati ini adalah milik-Mu…

Wassalam...(",)

Sunday, August 23, 2009

ITU KAMU...

Dalam kehidupan ini, begitu banyak ‘keajaiban’ yang yang tidak terjangkau di fikiran. Manusia hanya memandang sesuatu yang mampu dilihat & dipegang. Untuk menerawang ke ‘ruang’ lebih dalam, memerlukan kekuatan yang benar2 memberi kesan. Yang akhirnya, mua disedari terlalu bermakna, hinggakan sukar untuk dilepas begitu sahaja.

SESUATU YANG KAMU TIDAK SEDARI/LANGSUNG TIDAK ‘TERLINTAS’ DI FIKIRAN MU…
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi kamu dan sanggup mati kerana kamu…
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi kamu dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang itu membenci kamu adalah kerana dia ingin menjadi seperti kamu.
4. Senyuman daripada kamu boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang. Meskipun dia tidak menyukai kamu.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati kamu sebelum dia tidur.
6. Kamu amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau tidak kerana kamu, seseorang itu tak kan hidup bahagia.
8. Kamu seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang kamu tidak ketahui/kenali menyayangi kamu.
10. Apabila kamu membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah di sebaliknya.
11. Sekiranya kamu merasakan dirimu terpinggir, fikirlah semula; mungkin kamu yang meminggirkan diri sendiri.
12. Apabila kamu terfikir bahawa dirimu tidak ada elang untuk mendapatkan sesuatu yang diingini, mungkin kamu tidak akan memperolehnya. Tetapi sekiranya kamu percaya pada diri sendiri, lambat-laun kamu akan memperolehnya.
13. Kenangilah segala pujian yang kamu terima. Lupakan setiap kutukan, cacian dan celaan.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan. Kamu akan merasa tenang apabila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya kamu ada sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya bahawa dialah yang terbaik.

HARGA SEBUAH MASA
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik. Sejam untuk menghargainya. Sehari untuk menyayanginya. Tetapi sepanjang hidup untuk melupakannya…
Ambilah sedikit masa dan hubungilah teman2 kesayanganmu… ‘Hadiah’kankanlah keceriaan dalam diari hidup mereka. Keikhlasan dan ingatan tulusmu itu bakal mengindahkan hari2 ‘mendung’ di hati sang teman. Mulakan sekarang sebelum ‘si dia’ melangkah pergi, meninggalkan kamu seorang diri…

Sunday, August 16, 2009

ADA APA PADA...

Hujan yang dinantikan, kini mulai menampakkan dirinya…
Suasana hening dan nyaman mula menerjah kehidupan seseorang insan di kala itu…
Sejuk sahaja dengan deruan angin petang tanpa menghiraukan langkahan fajar yang kini mulai berangkat meninggalkan alam maya,

Tatkala sang malam mulai bertandang menggelapkan kehidupan,
Namun, jangan di lupa sang rembulan sebagai pelita menerangi alam.

Kehidupan juga sebegitu… Ada pasang dan surutnya, ada siang dan malamnya…
Apapun, semua yang berlaku dalam hidup ini adalah suatu rencana yang sentiasa dipergilirkan. Mungkin kita tak sedar ia berubah.
Namun, itulah hakikatnya kejadian seorang manusia, yakni dikurniakan akal untuk berfikir dan menyelami betapa indahnya alam ciptaan Tuhan,
Alangkah baiknya, jika nikmat tersebut digunakan dengan sebaik-baiknya di samping menjaga batas-batas pemikiran seorang manusia…

Alhamdulillah… dengan kehadiran teman-teman yang begitu memahami membuatkan diri seseorang itu rasa dihargai dan merasakan satu perasaan yang membahagiakan… Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata…

Itulah suatu nikmat seorang insan yang memiliki jiwa yang sabar dan seraut wajah penuh ketenangan… Pernahkah kita menemui insan yang sebegitu ???

Mungkin payah bagaikan mencari permata di celahan kaca,
Kerdipnya sukar untuk dibezakan…


Namun, pangdanglah dan carilah ia dengan mata hati,
Insya-ALLAH… pasti akan temui jawapannya…

Bukan senang untuk ‘memiliki dan dimiliki’ serta ‘menyayangi' dan disayangi’ seseorang… Kita patut bersyukur dengan anugerah tersebut sekiranya ia lebih memilih dirimu untuk merasainya.

Sebenarnya, seorang insan itu tidak keseorangan, bahkan juga dirinya dikelilingi oleh insan-insan yang amat menyayanginya dan menghargainya dalam pelbagai cara, yang kita tak pernah menyedarinya pun.

Itulah benda yang tersirat daripada yang tersurat.

Apa yang penting, seorang insan itu haruslah mengetahui dan mengenali dirinya terlebih dahulu sebelum mengenali orang lain dan sayangilah diri sendiri sebelum menyayangi insan lain.
Apabila kita menghormati diri kita sendiri, tentu insan lain akan turut menghormati diri kita. Sekiranya ada yang tidak elok di mata kita, maka tugas kitalah untuk memperbaikinya.

Jadi, fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah…

Buangkan yang keruh, ambillah yang jernih…
Pasti akan ada sinar kebahagiaan yang menunggu dirimu suatu masa nanti,

Ia seperti mana nasihat ulama,
“bawalah cita-citamu itu ke satu arah sahaja iaitu bertemu dengan Allah SWT, bahagia di akhirat dan damai di sisi-Nya.”

Seandainya dirimu tetap berusaha untuk terus bangkit menggapainya…

Seperti pengajaran yang dapat kita renungi daripada,

Surah Ali-Imran : 34
“Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang.”

Ia turut dijelaskan dalam,
Surah Al-A’araf : 199 yang berpesan,
“Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang bodoh.”

Insya-ALLAH…
Allah SWT akan sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang sabar dan tabah dalam menghadapi segala ujian mahupun pahit getir dari-Nya.

Terimalah ia sebagai sesuatu yang istimewa dalam hidupmu…

Wassalam.
-26 SYAABAN 1430H-

Monday, August 10, 2009

DIAM-DIAM UBI, KADANG2 BERISI JUGA...(",)


Aktiviti Suksis 2009

Alhamdulillah…diriku dan kawan-kawan telahpun menyertai sebuah perlawanan antara Kor Suksis Zon Tengah 2009 yang bertempat di Universitu Putra Malaysia (UPM).

Antara sukan-sukan yang dipertandingkan adalah bola sepak, bola tamper, bola jarring badminton antara pegawai dan akhir sekali… FUTSAL,

Saya? Diriku mewakili Kor Suksis UiTM, Shah Alam dalam perlawanan futsal wanita. selaku Defend…Emm…Boleh tahan… Kalau nak tahu, inilah kali pertama diriku menyertai permainan futsal dan sememangnya sebelum ni tak pernah pun. Kiranya bolehlah setelah mengikuti latihan yang diadakan setiap petang.

Fuh! Penat jugak. Ada sekali tue, masa adegan kejar mengejar bola dengan salah seorang penyerang UKM, diriku tak semena-mena dirempuh dari arah hadapan…Adoi!!!
Apa lagi, diriku tersembam ke belakang. Cuba anda bayangkan… Pipi kiri seperti terhentak sesuatu dan lengan tangan kanan terseliuh.

Pengadil ada tanya, “ OK ke?...” Tapi, dengan senyuman paksa, angguk je, geleng tak… hehe… Memang rasa lemah sangat, tak bleh nak gerak sangat tangan ni…. Tapi, dengan tekad dan azam yang kuat, diriku terus mara kehadapan….Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, yer tak?

Namun, walaupun kesakitan itu masih terasa ketika bermain, tapi langsung tak mematahkan semangat yang telah tersemat di lubuk hati. Apapun, itu sahajalah peluang yang ada untuk kami mara ke final. Kiranya ku tahu… Rupa-rupanya telah tercipta suatu kenangan terindah di sebalik kedukaan yang melanda…
Apa yang menggembirakan kami adalah saat-saat mendengarkan sorakan penuh meriah daripada pasukan kami tatkala UiTM diumumkan sebagai JOHAN KESELURUHAN bagi Kor Suksis Zon Tengah bagi tahun 2009… dan berkongsi takhta kejuaraan dengan Universiti Malaya (UM).

Maka, kedengaranlah sorakan @ trademark kami…

UiTM… Go Go Go
Apa yang penting…. Kerjasama
Ewah-ewah UiTM

Alhamdulillah… kejayaan milik kami akhirnya. Walaupun penat, namun ia seolah-olah ‘hadiah’ yang amat bernilai kepada kami. Terima kasih kepada jurulatih-jurulatih yang telah mengajar kami setiap minggu.
Wassalam.



Sunday, August 9, 2009

KHAS BUATMU...

WANITA SELAKU IBU

Dalam sebuah ungkapan Iqbal berkata :

Watakmu yang suci adalah rahmat bagi kamu,
Engkau adalah kekuatan dan benteng agama,
Penyusu kami dengan kalimah Tauhid kala masih kanak-kanak,
Cintamu akan memahat perkembangan kami dan
Melukis fikiran serta tindakan kami

Dan dengan kelembutan, kami dididik oleh awanmu yang jernih,
Gunung akan tertutup dan padang pasir akan terlipat
Masa kini penuh dengan daya tarik.
Jangan acuhkan segala godaan yang menimpa dirimu
Hati-hatilah terhadap zaman, dalam perjalananmu
Dakaplah anak-anakmu.

Jangan pipit sampai jatuh dari sangkarnya sebelum kuat sayap-sayapnya.

Firman Allah SWT :

“ Sesungguhnya lelaki dan perempuan muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memilhara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. ”

( Al-Ahzab : ayat 35 )



Dapatlah kita simpulkan di sini mengenai,
10 sikap yang harus dimiliki oleh seorang lelaki dan wanita untuk mewujudkan sebuah keluarga yang penuh kedamaian dan ketenteraman. Sekaligus untuk mendapat ampunan dan pahala yang besar dari Allah bagi suami isteri :

1. Islam
2. Iman
3. Patuh dan beramal
4. Jujur
5. Sabar
6. Khusyuk (merendah diri kepada Allah)
7. Suka bersedekah
8. Berpuasa
9. Menjaga kehormatan diri
10. Banyak berzikir atau mengingati Allah

10 petua untuk para isteri supaya perkahwinan anda tetap dikagumi yang dipetik daripada M.Torsina :

1. Pelajari dan hayati erti cinta yang sebenarnya.
2. Matikan impian anda tentang “perkahwinan sempurna”. Dan berkerjalah menuju kearah “perkahwinan yang baik”.
3. Kenalilah keperluan-keperluan yang unik dan peribadi dari suami anda, cuba untuk memenuhinya.
4. Tinggalkan semua pergantungan pada orang tuamu, tinggalkan semua kritikan terhadap sanak saudara suami anda.
5. Berikan pujian dan penghargaan dan bukan memintanya.
6. Tinggalkan rasa ingin menguasai dan cemburu.
7. Sambut suamimu dengan kasih saying, jangan dengan keluhan dan tuntutan.
8. Tinggalkan semua keinginan intuk mengubah suami anda melalui kritikan atau serangan.
9. Patahkan rasa bangga diri.
10. Berdoa untuk kesabaran.

Menurut Prof. Drs. Sutrisno Hadi MA., mengenai nilai anak dalam keluarga :

· Anak sebagai cinta kasih
· Anak sebagai sumber tenaga kerja
· Anak sebagai insurans hari tua
· Anak sebagai penyambung keturunan
· Anak sebagai teman
· Anak sebagai sumber rezeki

Justeru percayalah teman…

“ Sesungguhnya di balik kesusahan itu akan ada kemahuan.”

(Alam nasyrah : 6 )

Wassalam...


Sekadar Renungan...

Sabda Rasulullah SAW :

“ Di antara kebahagiaan seseorang itu ialah tiga sudut dan dari kecelakaan seseorang itupun tiga sudut. Di antara kebahagiaan seseorang manusia itu ialah, isteri yang soleh, tempat kediaman yang baik, dan kenderaan yang baik. Dan di antara kecelakaan seseorang itu ialah, isteri yang burukm tempat kediaman yang buruk dan kenderaan yang buruk. ”

(Hadis Riwayat Ahmad, At-Thabarany dan Al Bazzar dari Saad bin Abi Waqqash ra)

Sabda Rasulullah SAW :
Ertinya :

“ Janganlah sekali-kali seorang mukmin lelaki benci kepada seorang (isterinya) yang mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang ia tidak sukai, tetapi (tentu) ada perangainya yang lain yang anda sukai.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim dari Abi Hurairah)

Surah Ar-Rum : 21 menerangkan istilah bahagianya rumahtangga sakinah,

“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah, Dia menciptakan isteri-isteri dari jenisnya sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antaramu rasa kasih saying. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. ”

Saturday, August 8, 2009

SENYUMLAH TEMAN...





SMILE ... &
THE WHOLE WORLD SMILES WITH U


Senyumlah...
Kerana senyuman darimu itu,
akan bisa mengubati tiap-tiap hati yang berduka...
Senyumanmu juga dapat membawa 1001 macam kebahagiaan
dalam diri seseorang,..
apatah lagi insan itu adalah individu yang anda sayangi.
Alhamdulillah...
Hati menjadi tenang dan membentuk satu jiwa yang lembut,
meskipun rapuh, namun bisa berhadapan,
dengan cabaran yang mendatang.

Hargailah sebuah senyuman...
Kerana mungkin dirimu akan mudah melupakannya,
Pabila hatimu diperangkap kemarahan,
yang bertandang di lubuk sanubari kecilmu.
Alunkanlah Istighfar di bibirmu,
agar ia sering basah dengan zikrullah.
Jagailah ukiran senyumanmu itu...
Supaya ia sentiasa terukir dan terbentuk,
Dari hati yang benar-benar ikhlas menghadiahkannya ,
Kepada insan-insan yan terpilih menerimanya...

Wassalam.

Monday, July 20, 2009

-KEHIDUPAN-


Tatkala kucoretkan tiap baris kata,
Aku sendirian tiada berteman,
Hidupku sepi,
Sesepi tiupan angin,
Yang membenarkan pohon-pohon kasih,
Menari dan melambai kearahku.

Aku mengerti,
Aku redha dan terima,
Apa jua dugaan yang mendatang,
Walau sebesar manapun jua,
Insya-Allah dapat ditepis,
Dengan kudrat yang masih berbaki.

Kini, kiranya kutahu,
Hidupku tak sesepi pohon di hutan,
Tidak sesusah si papa,
Tidak selemah insan di sana.

Kernaku tahu,
Ada tempat untukku luah segalanya,
Di sanalah tempat yang istimewa,
Melepaskan rindu dan sayangku,
Buat insan di kejauhan sana.

Tatkala kuaturkan manik-manik doa,
Mutiara jernih pula terputus benangnya,
Yang gagal menahan kekuatannya,
Kerna diriku digelar PEREMPUAN...
Semulajadi diciptakan begitu,
Mudah tersentuh hati dan
Murah esakkannya.

Kini kutemui,
Hanya Dialah kekasih hati,
Yang telah lama bertakhta di hatiku,
Bersyukur dengan setiap pemberian-Nya,
Yang tidak putus-putus kurnian-Nya,
Dialah Allah Yang Maha Pengasih dan
Maha Penyayang.


Nukilan Rasa,
25/10/08 - 06.12pm

Sunday, July 19, 2009

DI SEBALIK MALAM...







Tersingkap tirai semalam,

Yang lusuh dan berwajah kusam,

Namun, ia bagaikan suatu kenangan terindah,

Di mata seorang insan itu.



Dulu dia sedih dan hiba,

Kini dia mampu tersenyum,

Dulu dia susah dan papa,

Kini dia senang dan lapang.



Namun dia tidak mudah hanyut,

Dibuai mimpi dunia yang indah,

Lantas dirinya terjaga,

Galak beristighfar dan,

bermunajat kepada Ilahi,

Agar ditetapkan iman di hati.



Zikirnya indah,

Tatkala manik tasbih dikira,

Suaranya merdu,

Tatkala Al-Quran dilagukan,

Kelopak matanya ditakungi mutiara jernih,

Lalu putus dan gugur jua,

Tatkala doa dipohon menghadap Ilahi.



Hatinya tenang,

Jiwanya lapang,

Bertemankan malam yang sunyi dan sepi,

Dan hembusan angin lembut,

Menyapa di hatinya,

Sebagai teman bicara,

Buat insan yang bersyukur...



Wassalam...





Wednesday, July 8, 2009

SAJAK SUKSIS...

Khas buat teman2 skuad 4,
SUKSIS UiTM, Shah Alam, Selangor.

SEGALANYA DI SINI...

Di sini mulanya...
Satu langkahan kemas, dari tiap
Hembusan nafas yang bernyawa,
Hati bersatu jiwa berpadu,
Membentuk sekalung semangat,
Melangkah tingginya benteng cabaran,
Berbekalkan ilmu di dada,
Yang dikait selembar demi selembar,
Terus menjadi kain cekal yang sempurna.

Di sini kami berdiri teguh,
Berdiri laksana pendekar,
Dengan seribu haapan,
Yang tidak gentar,
Yang tidak cepat melatah,
Menghadapi apa jua rintangan,
Yang hadir datang menerjah,
Menerobos tiap liang hidup,
Selaku insan biasa sahaja.

Kini,
Satu kapal utuh belayar,
Dek dipandu si nakhoda setia,
Terus belayar membelah lautan hidup,
Tanpa rasa takut,
Oleh si ombak baran,
Yang menderu sekilas,
Bermain di ekor mata,
Terus laju ke hadapan,
Mengekori arah pedoman hidup.

Kami berkongsi haruman itu,
Harumnya percikan kasih sayang,
Melingkari di setiap pelusuk,
Jiwa-jiwa kami yang berputar,
Seiring dengan hari-hari yang kian jauh,
Ditinggal pergi,
Baik siang, malam, pagi, mahupun petang.
Namun,
Sesekali tidak ditinggalkan.
Sesekali tidak pula hambar,
Pada khilaf yang tidak disengajakan,
Pada setiap pertemuan.

Tangkasnya si pendekar suksis,
Taring bersinar di tempat orang,
Kini bisa digelar,
Si juara-juara cekal,
Yang tetap bangkit berusaha,
Meskipun tersungkur di lembah,
Segannya seorang manusia,
Biarpun hati merah membara,
Namun bibir indah menguntumkan senyum.

Di sini lahirnya,
Satu langkahan yang kian hampir,
Ke garisan pengembaraan hidup,
Selaku skuad yang gigih,
Yang sama berganding bahu,
Menerjah dan mengangkat,
Pagar-pagar rintangan hidup,
Yang utuh berkawat duri.

Kini kami bersatu akhirnya...
Menggenggam satu matlamat,
Merentangkan tali persaudaraan,
Sejajar dengan misi dan visi,
Yang sudah tercipta,
Yang ingin dicapai,
Berpadu dengan utuhnya,
Kasih sayang antara kami,
Sejak dari dulu, kini
dan buat selama-lamanya...

Wassalam,
Sekian terima kasih.

Yang benar,
KS 32294 HASIMAH ISMAIL

Monday, April 20, 2009

MUTIARA KATA


Yang Dekat itu MATI,
Yang Jauh itu MASA,
Yang Besar itu NAFSU,

Berat itu AMANAH,
Yang Ringan itu SOLAT,

Yang Tajam itu LIDAH..

(Imam al-Ghazali)

Monday, March 30, 2009

MUTIARA KATA



Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokkan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kpd kejayaannya' kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kpd seseorang yg dpt membantumu tersenyum, kerana hanya senyum yg dpt membuatkan hari-hari yg gelap menjadi cerah. Semoga dirimu menemukan orang seperti itu.

Thursday, March 12, 2009

ISTIMEWA UNTUKMU...














"Wanita diciptakan oleh Allah SWT dengan ciri-ciri keistimewaan tersendiri, dihiasi dengan kelembutan yang bersesuaian dengan jiwa kewanitaannya. Kelebihan dan keistimewaan yang telah allah kurniakan kpd kaum wanita lebig berharga jika wanita mampu menjaga benteng dirinya seteguh insan bergelar lelaki,dihiasi pula dgn keimanan, ketabahan, kesabaran dan keteguhan peribadi."

"Manusia Hawa diciptakan drpd. rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijinjingi, dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya, untuk dijadikan teman hidupnya dan dekat dengan hatinya untuk dicintai."

"Dunia ini penuh dengan perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah."
(Riwayat Muslim)

"NAFSU mengatakan perempuan itu cantik atas dasar RUPANYA...,
AKAL mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ILMU & KEPANDAIAN...,
HATI mengatakan perempuan itu cantik atas dasar IMAN & AKHLAKNYA... "

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan,jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak."
(Hadis Riwayat Baihaqi)
* Dalam Al-Quran, wanita digambarkan dengan 3 fungsipenting iaitu :

a) Wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

b) Wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

c) Wanita adalah anugerah Allah SWT yang sangat istimewa kepada insan bergelar lelaki.


Wednesday, March 4, 2009

AKTIVITI SUKSIS




Buatmu Teman...


Kukirim doa di hujung sendumu,
Meski kucuma mampu,
Menggalas simpati di pohon bahu,
Percayalah akrabku,
Meski hebatnya lurah mencurah,

Meski tebalnya semak menggila,
Engkau gagah di samudera miliokku,
Engkau pemburu di alam sukarmu,
Tentunya engkau lebih bermakna...
Makna keperitan,
Bawah terik mentari dan dinginnya hujan...

Saturday, February 21, 2009

CINTA DATANG DAN MUDAH PERGI...


Setiap insan yang terpilih, merasakan perasaan cinta dan kasih sayang. Ia diibaratkan sebagai 1 anugerah daripada Allah SWT untuk merasainya. Perasaan cinta bukan hanya kepada individu, malah perasaan tersebut juga yakni, perasaan cinta kita kepada Yang Satu iaitu Allah Yang Maha Esa haruslah melebihi segala-galanya. Hal ini kerana, dengan cinta dan kasihnya kita kepada-Nya, secara tidak langsung perasaan cinta akan mulai terbit kepada perkara lain secara semulajadinya...

Namun, sekiranya cinta itu memilih untuk pergi jua, usahlah ditangisi pemergiannya. Lepaskanlah ia dengan hati yang sabar dan ketaqwaan yang utuh. Anggaplah ia sebagai salah satu ujian dalam mematangkan diri kita sebagai manusia...

Dan... Sekiranya cinta itu memilih untuk berada di hati kita, berikanlah ia kepada insan yang benar-benar menghargainya. Sayangilah ia dengan hati yang ikhlas, terimalah dirinya dengan seadanya sebagai satu amanah yang dianugerahkan Allah kepada kita agar tidak mensia-siakan kehadirannya dalam hidup kita... Bersyukurlah kerana ada insan yang berjaya singgah di hati kita...

Wassalam.
(12.30am)

Wednesday, February 4, 2009

CERPEN


CERPEN ; CINTA NUR KASIH

PEREMPUAN... Terlalu banyak rahsia dirimu yang perlu diselami dan dirungkai satu-persatu oleh insan yang bergelar LELAKI. Yang pasti, bukan mudah memiliki sekeping hati seorang dara yang bukan sahaja indah paras rupanya, malah elok budi pekertinya.

Dirimu ibarat ‘Sebutir permata di celahan kaca, kerdipnya sukar untuk dibezakan’.

Berulang kali dia mendengar alunan lagu ‘Nur Kasih’, nyanyian kumpulan In-Team. Spontan, wajah manis itu hadir dalam fikirannya, sejak kali pertama bertemunya di atas pertemuan yang tidak di sangka, namun dipertemukan dengan takdir Allah Yang Maha Esa.

Siapa dia? Sekali lagi dia menyoal dirinya sendiri.

Lantas, ada sesuatu yang dilakar pada kain kanvas putih itu. Hampir siap. Hasilnya amat membanggakan. Lakaran potret wajah seorang gadis yang berwajah lembut sambil menghadiahkan sekuntum senyuman ikhlas buatnya. Dia perasan ada suatu ‘pemanis’ di bawah kanan bibirnya. Dari situlah, jiwanya mula bergelora dek panahan cinta yang tidak bermata.

Fairizal mempercepatkan langkah untuk ke syarikat ayahnya, Datuk Ahmad Mokhtar Ilyas iaitu selaku Pengarah Penerbitan Penulisan Kreatif di Kuala Lumpur. Sempat dia mengerling jam tangan ‘silver’nya yang berjenama CASIQ, tanpa menyedari ada sesuatu di hadapannya.

Buk !

Habis semua buku yang dibawa Mashitah jatuh bertaburan di kaki lima kedai serbaneka itu. Bukan 1, tapi 4 buah semuanya. Boleh tahan tebalnya. Tapi, tiada riak marah terukir di wajahnya. Hanya perkataan ‘maaf’ terbit dari bibirnya walaupun bukan salahnya.

Dia ?

Pandangan mereka bertemu. Beberapa saat, lantas cepat-cepat Mashitah mengalihkan pandangannya ke arah lain. Jantungnya berdebar.

‘Astaghfirullah- Alazim... ‘ Istighfar Mashitah dalam hatinya.

Belum sempat Fairizal ingin bertanya dengan lebih lanjut, gadis itu pantas pergi dahulu setelah mengutip buku-bukunya.

‘Mungkin ada hal kot...’ Dia bemonolog dalam hatinya. Perasaan bersalah semakin bersarang di hatinya. Lidahnya kelu, walaupun hatinya meronta-ronta untuk berbicara. Namun, Fairizal berharap agar dapat bertemu kembali dengan gadis itu. Dia yakin akan pertemuan itu. Insya-ALLAH...

Fairizal mancapai sebuah novel yang menarik perhatiannya sejak semalam lagi. Boleh tahan tebalnya. Buku novel berwarna hijau pucuk pisang, warna kesukaannya.

Novel “CINTA NUR KASIH”, karya Maya Kaisara. Wanita. Hatinya terus tertumpu kepada insan yang ditemuinya tempoh hari.

CINTA NUR KASIH...

‘Seindah namanya yang terukir, menyimpan pelbagai jawapan yang meniti di bibir seorang insan yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan sekeping hati dan perasaan. Sekiranya cinta itu meminta untuk dikongsi, terimalah dengan seadanya dan menjaganya sebagai SATU amanah Allah tidak seharusnya disia-siakan kehadirannya dalam hidup seseorang.’

‘Bersyukurlah...kerana dia lebih memilih dirimu untuk meminta izin sebelum singgah dan menetap di hatimu...’

“Macam mana pulak gambar Mashitah ada dalam bilik ni ?” tersentak Fairizal dari lamunannya pabila kakaknya menerjah masuk ke biliknya.

“Hah! Tu la...mengelamun, sampai orang beri salam pun tak berjawab.” Hasnira geli hati melihat adiknya yang cepat-cepat menyorokkan sesuatu darinya. Dia menggeleng.

“ Maaf kak, Tak perasan pun tadi. Waalaikumussalam... Siapa tadi akak cakap ?” Sengaja Fairizal bertanya kembali.

“ Akak cakap, ni gambar Mashitah, mana kamu dapat ? Oh... Curi-curi ambil gambar orang yer... Tau la orang tu minat melukis...” Hasnira sengaja mengusik adiknya.

“ Taklah... Saya melukis melalui gambaran hati saya, kak. Tak tahu pulak namanya Mashitah.” Fairizal buat-buat tak kisah, walaupun hatinya mula memekar dek mengetahui namanya.

“ La... Kamu tak kenal ke ? Dia kan kerja sekali dalam syarikat ayah. Seorang penulis... Orangnya baik, sopan-santun, berbudi bahasa. Hah! Bukunya yang laris di pasaran sekarang berjudul ‘ Cinta Nur Kasih’. Akak pun ada baca... “ Akaknya mula merungkaikan satu persatu jawapan yang dinantikannya, sekaligus merungkaikan persoalan yang hadir dalam dirinya.

Ternyata dunia ni kecil sahaja. ‘Maya Kaisara’ dan ‘Mashitah’, 2 nama berbeza dari individu yang sama, dan memiliki hati naluri yang sama. Fairizal bersyukur dan tidak sabar menanti hari esok pabila senja mula melabuhkan tirainya, tatkala azan Maghrib berkumandang.

Dia menyusuri kawasan yang sama, tempat perlanggarannya denga insan itu. Dia mencari wajah itu, tapi hampa. Akhirnya, dia melangkahkan kaki untuk terus ke pejabat ayahnya. Mana tahu kalau rezekinya, dapat berjumpa dengan insan tersebut.

Betul tekaannya. Sewaktu Fairizal mulai memasuki perut lif. Gadis itu ada juga.

“ Maya Kaisara, itu nama awak, kan ?, Gadis itu menoleh. Fairizal sengaja menyoalnya.

"Saya dah pun baca novel awak. Cantik, indah bahasanya.” Fairizal mula bersuara memecahkan kebisuan antara mereka.

“Saya Fairizal, saya kerja kat sini. Awak ?” Dia perasan gadis itu masih segan untuk berbicara dengannya. Ternyata wanita di sebelahnya itu mungkin lebih suka berbicara melalui penulisan. Dia membuat telahan sendiri.

“ Saya Mashitah. Gembira dapat berjumpa dengan awak. Saya pergi dulu yer. Jumpa lagi... Assalamua’laikum... “ Mashitah mula melangkah keluar dari perut lif saat pintunya terbuka di tingkat 3, Bahagian Penerbitan Karya. Emm... Akhirnya dia bersuara jua. Walaupun hanya beberapa saat, itulah yang dinantikannya.

Mashitah terkejut dengan sesuatu yang berada di atas mejanya. Ada sejambak bunga ros putih dan terselit sekeping kad yang comel. Dia tersenyum.

‘Assalamua’laikum...

Saya suka baca novel awak. Ternyata awak banyak menulis daripada berbicara, saya akuinya. Penulisan awak melambangkan diri awak yang sebenarnya. Izinkan saya untuk mengenali diri awak...’

Ikhlas,

Ahmad Fairizal.

Malam itu, hatinya tenang, setenang wajah yang mulai bertakhta di hatinya ketika itu. Entahlah, sama ada dia menyedari ataupun tidak, telah wujud suatu perasaan dalam dirinya yang sukar untuk diluahkan. Adakah dia benar-benar telah terkena panahan sinar permata yang dicari-carinya selama ini ? Namun, walaupun sinar itu mengenanya, belum bisa untuk dia mengambilnya takut-takut ada empunyanya.

“ Tak salah kan kita menyukai seseorang, walaupun tanpa pengetahuannya. Setiap manusia dianugerahkan Allah SWT dengan hati dan perasaan. Itu hak masing-masing, saling memiliki perasaan untuk menyintai dan dicintai. Kita berpeluang untuk meluahkan, tapi terpulanglah pada individu tersebut sama ada menerima ataupun tidak. Sesungguhnya, rezeki, jodoh pertemuan, ajal dan maut ketentuan-Nya.” Lembut kata-kata Hasnira. Fairizal mengerti.

“ Kenapa awak nak mengenali diri saya ? Saya tak sepadan dengan awak. Saya rasa awak lebih berhak untuk bertemu dengan insan yang lebih baik dari saya... “ Mashitah mula meluahkan apa yang dirasainya tatkala pertemuan mereka di Taman Tasik Titiwangsa. Itu sahaja peluang yang ada, selepas waktu kerja. Ramai orang yang datang ke situ.

Ternyata ada riak terkejut dari air muka Fairizal yang berwajah redup, namun masih terserlah ketampanannya.

“ Saya tak pandang itu semua. Sejak kejadian tersebut, saya merasakan ikatan jodoh itu ada dalam diri awak. Saya ikhlas untuk mengenali awak dengan cara yang sah. Kali pertama saya jumpa awak, saya dapat rasakan awaklah permata yang saya cari selama ini...” Mashitah memandangnya sekilas.

“... Dan izinkan saya bahagiakan awak. Bukankah awak juga pernah menulis, setiap wanita inginkan kebahagiaan, lebih-lebih lagi apabila bergelar seorang isteri di samping suaminya. Itulah kebahagiaan yang berpanjangan.” Spontan Fairizal meluahkan apa yang tersemat di sanubarinya. Alhamdulillah, dia berjaya meluahkannya di bawah payung keizinan Allah SWT.

Mashitah menyedari keikhlasan di hati lelaki itu. Ternyata pena yang sebatang berjaya mengorek rahsia hatinya melalui penulisan. Namun, kasih bukan sekadar cinta, ataupun hanya dilafazkan lelaui kata-kata untuk mencukupi syarat berkasih. Mashitah melemparkan pandangannya jauh-jauh ke tengah tasik yang tenang airnya.

Hati Fairizal berbelah bahagi. Di tangan kanannya ada sekeping sampul yang berisi sekeping gambar seseorang yang bakal mengisi ruang dalam hidupnya. Kata kakaknya, pihak perempuan telahpun menerimanya dengan rela hati.

‘ Ya Allah, sekiranya ini salah satu daripada ujian-Mu, aku redha. Sesungguhnya, segala pilihan-Mu adalah yang terbaik untuk diriku. Bukakanlah pintu hatiku untuk menerima kehadirannya dalam hidupku nanti... ‘ Fairizal pasrah dan beristighfar selesai mengerjakan solat fardhu Asar. Dia tunduk memandang sejadah seolah-olah wajah Mashitah terlukis di atasnya.

Berulang kali Fairizal menatap wajah yang tertera pada foto itu. Bemimpikah dia ?

Dia ?

Hasnira tersenyum melihat adiknya tanpa disedari Fairizal akan kehadirannya di balik pintu.

Malam itu, selesai solat menunaikan solat Istikharah, jiwanya tenang. Fairizal berdoa lama. Dia menyedari perjalanan hidupnya dengan insan itu hampir sama dengan apa yang ditulisnya. Adakah ini suratan ataupun kebetulan. Yang pasti, hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya, apa yang terjadi adalah perancangan dari-Nya.

Fairizal mencapai pena hitamnya, lalu menulis sesuatu..

‘Mashitah,

Diriku telahpun menemui permata itu yang rupa-rupanya kepunyaan dirimu,

Walaupun sinarmu tak dapat kututupi,

Namun. Akan kulindungi sinarmu itu dengan cahaya keimanan dan ketaqwaan dari Ilahi,

Semoga ikatan ini akan kekal buat selamanya... Amin.’

Wassalam...

Ahmad Fairizal

2.30 pagi (11/11/2008)

TAMAT


...................................................................................................................................................................



Oleh: HASIMAH ISMAIL