Sunday, August 16, 2009

ADA APA PADA...

Hujan yang dinantikan, kini mulai menampakkan dirinya…
Suasana hening dan nyaman mula menerjah kehidupan seseorang insan di kala itu…
Sejuk sahaja dengan deruan angin petang tanpa menghiraukan langkahan fajar yang kini mulai berangkat meninggalkan alam maya,

Tatkala sang malam mulai bertandang menggelapkan kehidupan,
Namun, jangan di lupa sang rembulan sebagai pelita menerangi alam.

Kehidupan juga sebegitu… Ada pasang dan surutnya, ada siang dan malamnya…
Apapun, semua yang berlaku dalam hidup ini adalah suatu rencana yang sentiasa dipergilirkan. Mungkin kita tak sedar ia berubah.
Namun, itulah hakikatnya kejadian seorang manusia, yakni dikurniakan akal untuk berfikir dan menyelami betapa indahnya alam ciptaan Tuhan,
Alangkah baiknya, jika nikmat tersebut digunakan dengan sebaik-baiknya di samping menjaga batas-batas pemikiran seorang manusia…

Alhamdulillah… dengan kehadiran teman-teman yang begitu memahami membuatkan diri seseorang itu rasa dihargai dan merasakan satu perasaan yang membahagiakan… Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata…

Itulah suatu nikmat seorang insan yang memiliki jiwa yang sabar dan seraut wajah penuh ketenangan… Pernahkah kita menemui insan yang sebegitu ???

Mungkin payah bagaikan mencari permata di celahan kaca,
Kerdipnya sukar untuk dibezakan…


Namun, pangdanglah dan carilah ia dengan mata hati,
Insya-ALLAH… pasti akan temui jawapannya…

Bukan senang untuk ‘memiliki dan dimiliki’ serta ‘menyayangi' dan disayangi’ seseorang… Kita patut bersyukur dengan anugerah tersebut sekiranya ia lebih memilih dirimu untuk merasainya.

Sebenarnya, seorang insan itu tidak keseorangan, bahkan juga dirinya dikelilingi oleh insan-insan yang amat menyayanginya dan menghargainya dalam pelbagai cara, yang kita tak pernah menyedarinya pun.

Itulah benda yang tersirat daripada yang tersurat.

Apa yang penting, seorang insan itu haruslah mengetahui dan mengenali dirinya terlebih dahulu sebelum mengenali orang lain dan sayangilah diri sendiri sebelum menyayangi insan lain.
Apabila kita menghormati diri kita sendiri, tentu insan lain akan turut menghormati diri kita. Sekiranya ada yang tidak elok di mata kita, maka tugas kitalah untuk memperbaikinya.

Jadi, fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah…

Buangkan yang keruh, ambillah yang jernih…
Pasti akan ada sinar kebahagiaan yang menunggu dirimu suatu masa nanti,

Ia seperti mana nasihat ulama,
“bawalah cita-citamu itu ke satu arah sahaja iaitu bertemu dengan Allah SWT, bahagia di akhirat dan damai di sisi-Nya.”

Seandainya dirimu tetap berusaha untuk terus bangkit menggapainya…

Seperti pengajaran yang dapat kita renungi daripada,

Surah Ali-Imran : 34
“Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang.”

Ia turut dijelaskan dalam,
Surah Al-A’araf : 199 yang berpesan,
“Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang bodoh.”

Insya-ALLAH…
Allah SWT akan sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang sabar dan tabah dalam menghadapi segala ujian mahupun pahit getir dari-Nya.

Terimalah ia sebagai sesuatu yang istimewa dalam hidupmu…

Wassalam.
-26 SYAABAN 1430H-

2 comments:

  1. asalamualaikum hasimah...tahniah atas post anda ini, terima kasih....(ha3...saje nak wat skema)

    ReplyDelete
  2. Waa'laikumsalam...sama2. terima kasih krn sudi baca.

    ReplyDelete