Friday, June 17, 2016

RAMADHAN SET ONLY MEE SACC MALL

Nak berbuka kat mana yer...??? Jom pi sini...",

Ada 5 jenis makanan yg dihidangkan dalam 1 harga....RM 28.80 !!!



SELAMAT BERBUKA PUASA DARI KAMI.....",

RAMADHAN TIBA...RAMADHAN TIBA...MARHABAN YA RAMADHAN...

Bermula pada 6 Jun 2016 (Isnin), bersamaan dengan 1 Ramadhan 1437 Hijrah, umat Islam menunaikan ibadah puasa selama sebulan.

Seperti diriku, bersama dengan suami dan anak-anak. Kami berpuasa di rumah baru. Jauh di perkampungan, suasana kampung. Mungkin ada kelainan berbanding dengan Ramadhan yg lepas-lepas. Tapi, diriku berdoa agar Ramadhan kali ini memberi kami 1001 hikmah yang dapat mendekatkan diri kami pada Yang Maha Esa serta mengeratkan hubungan kekeluargaan antara kami..

Suamiku, diriku dan 2 orang permata kami, Nurul Jannah 4 tahun & Mohammad Aidil Yahya 2 tahun 8 bulan. Kalian adalah insan-insan yang bertindak sebagai pembakar semangatku dalam menempuh liku-liku kehidupan ini...
Alhamdulillah...

Pada 10 Jun 2016 (Jumaat), genaplah usia perkahwinan kita yang ke-5 tahun. Terima kasih kerana menjadi suami yang baik dan penyayang kepada kami. Sempat juga diriku menghadiahkan sebuah kek yang comel...Kek Blueberry..
Semoga hubungan kita suami-isteri akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh-Nya hinggan ke Jannah..Insya-Allah.


MAMA SAYANG SEMUA....",


Yang benar,
Hasimah Ismail
1.46pm