Wednesday, October 28, 2009

Khas Untukmu...















Kata seorang penyair:

"Berbekalkan dengan taqwa. Sesungguhnya kamu tidaklah menyendiri.
Manakala malam telah menutupi, adakah kamu hidup sampai pagi?
Banyak orang sihat bugar mendadak mati tanpa sakit,
Namun ramai orang yang sakit malah hidup dalam beberapa lama.
Ramai anak-anak yang diharapkan panjang umurnya,
Sementara jasadnya telah masuk liang kubur.
Ramai pengantin sedang berhias untuk suaminya,
Sementara roh mereka dicabut pada malam takdir.
Ramai pemuda yang di waktu petang dan pagi harinya tertawa ria,
Sementara mereka tidak menyedari kafannya telah ditenun."

"Bertaqwalah kamu selalu kepada Allah, nescaya kamu akan beruntung.
Sesungguhnya orang yg bertaqwa, dialah yg megah dan jaya.
Berbuat taatlah kepada-Nya hingga memperolehi keredhaan dari-Nya,
Sesungguhnya orang yg taat itu dekat kepada Rabbnya."


Khas buatmu wanita, serikandi buat kaum Adam,

"Jadikannlah sifat kasih sayang dan lemah-lembut sebagai perhiasanmu dalam bergaul dengan anak-anakmu, suamimu dan para jiran tetanggamu. Jadikanlah keperibadian kasih sayang dan lemah-lembut ini sebagai cara untuk menempuh kehidupan ini dalam mencapai apa yg kamu inginkan."

Ikhlas dariku buat teman-teman...
Wassalam.

Sunday, October 18, 2009

KETENANGAN, KEMANJAAN & KEIKHLASAN




Assalamua’laikum…

BUNGA… Ia seringkali dikaitkan dengan seorang wanita, kecantikannya, keindahannya, keelokkan bentuknya, persis santunnya seorang wanita. Namun, kaum Adam juga dapat dikaitkan dengan bunga. Tetapi, bukanlah bermakna lelaki itu seorang yang lembut atau apa sekalipun. Yang penting, setiap individu baik lelaki mahupun wanita, memiliki pandangan yang tersendiri. Kadang2, takrifan keindahan sekuntum bunga @ sejambak bunga terlalu mendalam untuk difahami maksud yang tersiratnya.

Bunga juga dapat dikaitkan denga diri seseorang, kehidupannya sebagai seorang insan yang memiliki hati dan perasaan masing2 dan tak lari dari hubungan sesama insan dan sebagainya. Keindahan seseorang itu dilihat pada kesederhanaannya, baik semasa bersendirian mahupun bersama teman2 seperjuangan. Biarpun orang lain dapat membuat tafsiran mereka masing2, namun hati dan jiwa seseorang itu dapat diketahui dan difahami individu itu sendiri. Jadi, di situlah letaknya kesederhanaan dan kesabaran dalam menghadapi apa jua dugaan dan cubaan yang hadir dalam hidup.

Bunga dipandang indah dek kecantikannya warnanya, Mekarnya ibarat sekeping hati yang makin ‘berbunga’. Lantas, pandangan tertumpu pada bibir yang tersenyum sendirian… Emm…begitulah hebatnya takrifan bunga bagi seseorang.

Kata teman2, orang yang sukakan bunga ni, orangnya lain sikit, berjiwa seni dan halus, yakni banyak maksud yang tersirat dan tersurat… Antaranya:

Berjiwa seni, lembut, sensitif dan penyayang orangnya.
 Seorang yg menghargai kecantikan yg ada pada diri sendiri dan orang lain.
 Cantik, unik dan menarik.
 Menenangkan fikiran.
 Memiliki ‘sesuatu’ yg ingin dirungkai oleh seseorang.
 Kesederhanaan yg dimilikinya.
 Wangi
 Di sebalik bunga tersirat luahan hati seseorang yg dihargai & disayangi
 Seorang yg ambil berat hal yg remeh-temeh.
 Melambangkan kecantikan dan keindahan semulajadi.
 Tatkala memberinya kpd seseorang, secara automatik dapat merasakan kelembutan, ketenangan dan 1 lagi manja…
 Merasakan ianya cantik dan lembut, seperti kelembutan wanita.
 Orang yang jiwanya penuh dengan ketenangan, penyabar, dan penyayang.


Sejambak bunga melambangkan penghargaan pada orang yang menerimanya, dan sekuntum bunga melambangkan kesetiaan seseorang pada yang satu. Jadi, sebab itulah bunga itu unik, menarik dan terlalu subjektif untuk dirungkaikan jawapannya.

Bunga itu juga ibarat hati, jagailah ia dengan sebaik-baiknya. Peliharalah hati daripada ‘tercemar’

Ibarat bunga yang tak akan layu, dan sentiasa harum buat selama-lamanya.
Wassalam.

KETENANGAN

Raut wajah yang tenang,
Sentiasa terpancar di sebalik senyuman,
Meskipun hati seringkali menggila,
Dirundung masalah,
Sebagai perosak ketenangan jiwa.

Lalu, hadir si biru manis,
Yang mampu menenangkan minda,
Mengajar diri,
Akan erti kesabaran,
Dalam menongkah arus masalah,
Yang membelit jiwa luhur dan kasihmu.

Akhirnya berjaya,
Merubah kepada suasana hening,
Segala masalah seakan terhapus,
Dek kehadirannya dalam hidupmu.

KEMANJAAN

Rengekan manja si kecil,
Yang dambakan pelukan si ayah,
Membuatkan si ayah terpaku sebentar,
Yang berusaha menggapainya.

Si ayah tersenyum,
Lalu membalas rengekannya itu,
Dengan ciuman kasih sayang,
Ikhlas dari hati seorang ayah,
Yang jiwanya sarat,
Dengan kesabaran dan ketenangan.

Uniknya kasih sayang itu,
Mendekatkan hati yang kian menjauh,
Ke persada pentas penghargaan,
Membentuk kemesraan,
Yang mekar terjalin,
Antara 2 hati itu.

KEIKHLASAN

Siapa yang dapat mentafsirkan,
Betapa berharganya,
Nilai diri seseorang itu,
Bagaikan sekuntum mawar,
Yang cantik luarannya,
Dikelilingi bisanya duri.

Siapa yang dapat memeliharanya,
Serta menyayanginya,
Agar kelopak tidak gugur ke bumi,
Agar keharumannya tidak hilang,
Di bawa angin lalu,
Dan agar putiknya tidak layu,
Sebelum berkembang.

Siapa gerangannya,
Individu yang terpilih itu,
Bisakah dia berkorban untuk itu,
Dengan hati yang tulus ikhlas,
Menghargai seseorang itu,
Bila tiba masanya…

Terima kasih buat teman2 yg memberikan pendapat. Sesungguhnya, kalian adalah insan2 yg terbaik buat diri ini...

Wassalam...(",)

Thursday, October 1, 2009

CANTIK DI HATI...


Assalamua'laikum...

Saya ada terbaca sesuatu madah daripada sebuah majalah 'Mingguan Wanita', yg juga salah satu drpd majalah pilihan hati. Kadangkala,banyak input yg membina dan mengajar diri mengenai erti hidup ini dan lebih2 lagi dalam mewujudkan sebuah PERSAHABATAN...

Setiap insan mahukan sebuah perkenalan dan mengharapkan akan perkenalan itu membuahkan ikatan persahabatan yg luhur serta ikhlas. Hal ini kerana, setiap sahabat akan berkongsi suka dan duka bersama-sama tak kira susah mahupun senang.

CANTIK DI HATI

Mengenali seseorang itu, kadangkala membuat kita ketawa.
Mengenali seseorang itu juga, kadangkala membuat kita mengalirkan air mata.
Sesungguhnya, mengenali seseorang itu juga mampu memberi kita sejuta rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.
Tetapi, sedarilah kita mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu anugerah.
Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara.
Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN...


Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW,

" Siapakah yg menjadi sahabat paling baik bagi kami?" Jawabnya, "Seseorang yg apabila kamu memandangnya, kamu teringat Allah, apabila kamu dengar percakapannya, pengetahuan kamu tentang Islam bertambah & apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat akan kehidupan akhirat"...

WASSALAM...(",)