Wednesday, September 30, 2009

KENANGAN AIDILFITRI...




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Emm…Memandangkan kita masih dalam bulan Syawal yang mulia ini, atau lebih tepat lagi, masih dalam ‘mood’ raya…Jadi, izinkan diri ini untuk menyusun 10 jari meminta ampun & maaf di atas segala salah dan silap yang mungkin tidak disedari kepada sahabat2 yang mengenali diri ini, sepanjang perkenalan dan persahabatan yang terjalin antara kita. Mungkin ada sesuatu yang tanpa disedari telah menyinggung perasaan kalian semua…

Apapun, sama-samalah kita bermaaf-maafan di antara satu sama lain, moga2 hidup kita sekeluarga diberkati dan dirahmati Oleh-NYA…

Alhamdulillah… Hari Raya Aidilfitri yang tiba pada kali ini kelihatan lain dari yang lain…kerana diri ini dapat merasakan betapa besarnya pengertian ‘balik kampung’…Terlalu istimewa…Ia juga membuatkan diri ini mengimbau kembali nostalgia lama suatu ketika dahulu tatkala arwah Tok masih ada…

Pada masa itu, abah akan bawa kami adik-beradik balik kampung beraya iaitu di Kampung Kota Tampan Air, Lenggong, Perak. Namun, setelah 5 tahun ia berlalu…segala-galanya telah tiada…rumah arwah Tok pun dah tiada kerana dirobohkan utk projek lebuhraya baru buat ni... Lagipun, dah tak dak sapa lagi dah yg duduk kat situ, seolah-olah kenangan kami sewaktu bersamanya turut terkubur di situ… Namun, setiap kenangan yang tercipta sentiasa terpahat dan masih segar di ingatan kami, selaku cucu2nya…

Alhamdulillah… Tibanya Aidilfitri kali ini, diri ini berpeluang untuk ke kampung makcik (keluarga angkat), di Parit Mahang, Kuala Selangor. Dari situ, diri ini dapat merasakan betapa gembiranya hati ini sehingga tak dapat digambarkan dengan kata2…Entahlah…

Terasa kenangan dahulu menjelma kembali… Emm…Lebih2 lagi tatkala memasak dan makan ramai2 satu keluarga serta berpeluang mengenali mereka. Biarpun segan dan malu pada mulanya, namun keberanian itu hadir jua mengawal diri ini…

Terima kasih dan syukur pada-NYA kerana dengan keizinan-NYA di atas pertemuan ini dan telah member peluang kepada diri ini untuk merasakannya.
Begitulah, betapa berertinya kedatangan Syawal yang tiba setahun sekali pada pertemuan kali ini. Ia mendekatkan kembali apa yang menjauh agar segera bertaut kembali… Mudah-mudahan kita bakal menemuinya untuk tahun2 yang akan datang…Insya-ALLAH…

Sebelum mengundurkan diri, hayatilah dan fahamilah tiap baris kata2 ini…

Biar kulit segelap ALMOND LONDON,
Asalkan hati sesuci KUIH BANGKIT,
Biar iman sekental DODOL,
Jangan senipis REMPEYEK,
Biar jiwa selembut BAHULU,
Asalkan akhlak secantik BISKUT DAHLIA,
Senyumlah semanis WAJIK,
Agar lebaran yang disambut lebih bermakna…

>“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI”
MAAF ZAHIR & BATIN

No comments:

Post a Comment