Thursday, April 22, 2010

SEPASANG KURUNG NAN BIRU – Khairil Johari Johar

Tiada salam atau ucapan,
Tiada pesan tanda ingatan,
Suasana penuh keriangan,
Ku teringat pada seseorang…

Di hari yang berbahgia ini,
Hatiku kosong dan sepi sekali,
Betapa manis kenangi lalu,
Menyambut raya bersama denganmu…

Tiada bisikan,
Lembut yang kudengar,
Hanya suara azan sayu bergema,
Masih kurasakan,
Hangat tanganmu,
Di pagi raya,
Bersalam denganku…

Tetamu datang tetamu pergi,
Namun tak tiba orang kunanti,
Hanya sepasang kurung nan biru,
    Menjadi teman mengubat rinduku… 


Renungan Buatmu..",

WARKAH UNTUK SI DIA...

Tolong sampaikan pada si dia,
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan mencintaiku lebih dari dia
mencintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia
mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia
mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakana pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada Syurga..
Tolong katakana pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di
telapak itu Syurganya..

Tolong ingatkan si dia aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana.
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana
menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak jadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.
Tolong sampaikan pada si dia kerana ku tidak mampu memberitahunya sendiri..

Hanya Engkau Ya Allah Yang Maha Mengetahui siapa dia..??
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..