Friday, January 30, 2009

Bacalah...

Saya ada membaca sebuah novel . Tajuknya 'Andai itu takdirnya' karya Siti Rosmizah. Saya terharu tatkala membaca novel ini sehinggakan saya tidak sabar untuk mengetahui apa yg berlaku seterusnya. Seolah-olah 'Aleya' itu adalah saya. Apa yg akan saya buat jika saya di tempatnya... Cuba anda hayati tiap baris lagu ini...



CINTA EMBUNAN PAGI

Berseri indahnya bagaikan pelangi
Berkembang mekarlah bunga-bunga di hati
Namunku tiada duga begini
Hujan turun melanda dan bunga gugur ke bumi

Cintamu sesegar embun nan pagi
Semakin resah menanti terbit mentari
Hangatnya yang membakar mengeringkan
Segala keindahan yang penuh kepalsuan

Engkau yang aku sayangi siakan diriku ini
Lautan maduku beri engkau racuni
Kusedari hina diri ini kosong tiada bererti
Biarlah diriku pergi kuubati lukaku sendiri

Kucuba gagahi bahu sendiri
Biarpun sayapku telah tiada lagi
Namunku tak berdaya menghadapi
Di dalam kegelapan bimbang tersungkur lagi


Oh TUHAN teguhkanlah keimanan
Untukku tempuhi suratan kehidupan
Walaupun di hati rasa terkilan
Tapi, apakan daya semua takdir TUHAN.

Nyanyian : Azian Mazwan Sapuan

Thursday, January 29, 2009

SEKADAR RENUNGAN...

'Kita sering merasakan seperti cerita diri ini tertulis dalam sebuah diari kehidupan yang semakin tertekan dan mencabar. Selam ini kita merasakan seperti sebuah perjalanan yang kosong, yang tiada apa-apa erti. Kehidupan yang dirasakan kosong menjadi semakin berisi. At least kalau tengok wayang tu pasti ada action, klimaks dan macam=macam lagi.


Tapi itu semua haruslah kita tempuhi dengan redha. Walaupun selama ini kita catatkan ke dalam diari hidup ini... Tetapi catatan perjalanan yan Allah SWT temtukan unyuk kita tak mampu kita ubah dan tak patut kita ubah, kan.


Sesungguhnya, kita tak akan dapat memiliki semua yang kita impikan, namun sekurang-kurangnya kita mengimpikan dan mencari sesuatu yang terbaik... Kalau beroleh yang kurang, maka tugas kitalah untuk memperbaikinya...

Wassalam.


Firman Allah yang bermaksud ;

" Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya."


Jadi, kalau kita tak cuba ubah nasib umat Islam sendiri, siapa lagi ? Macam mana Allah nak beri hidayah ? Betul tak ?


30 Januari 09

Wednesday, January 28, 2009

kata hati...

"Tidak semua yang kita hajati akan dapat digenggam. Tidak semua yang kita buru akan kecundang di anak panah yang kita luncurkan. Dan tidak semua mimpi bersambung hingga hari menjadi siang. Maknanya, kalau kita diberi peluang merasai sedikit kemanisan dalam hidup kemudian Tuhan menggantikan dengan sedikit kepahitan, anggaplah itu 1 nikmat kehidupan. Tidak semua orang berpeluang melalui kepahitan dan bersyukurlah kerana dipilih untuk menerima secebis anugerah berharga itu."